Tips Belajar Renang “Beginner”
Disini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah dan ringkas untuk persediaan anda memulakan kelas renang.
1. MISI / TUJUAN BELAJAR
-
Ingin tahu/ Ingin pandai. Bagi yang ingin tahu, mungkin akan kurang memberi komitmen dan kurang membuat latihan.
-
Berbeza dengan yang ingin pandai, selalunya pelajar yang ingin pandai akan belajar bersungguh sungguh dan rajin membuat latihan. 🙂
-
Anda harus ingat, belajar renang bukan untuk mendapatkan Sijil, tetapi renang adalah kemahiran hidup yang wajib anda tahu selain daripada anda amalkan renang sebagai amalan sukan/senaman.
2. KENALI KAWASAN/TEMPAT/KOLAM
-
Dimana anda ingin belajar renang? sebaiknya anda membuat lawatan kolam yang pertama kali akan anda gunakan. Ataupun anda boleh datang awal ke kolam renang semasa kelas pertama.
-
Berkenalan dengan Instructor anda dan ceritakan perasaan anda semasa pertama kali masuk ke kolam. Ada di antara anda yang belum pernah masuk ke kolam dan ada juga yang sudah biasa masuk ke kolam untuk berendam… 🙂 Sekiranya anda rasa takut, berbuallah dengan Instructor anda kerana sekiranya anda bercakap sedikit sebanyak akan menghilangkan perasaan takut.