kelas renang, kelas renang di putrajaya, kelas renang kanak-kanak, kelas renang wanita, Kelas Renang Lelaki, Instructor Renang Wanita dan Lelaki, kolam renang di putrajaya, kursus Bronze Medallion, Kursus Penyelamat Kelemasan, kursus renang, pakej kelas renang, tempat belajar berenang
Print Friendly

SYARAT- SYARAT UMUM

  1. Pelajar MESTI memakai pakaian renang yang bersesuaian, ‘swim cap’ dan goggle semasa sesi kelas bermula.
  2. Pelajar digalakkan membilas/mandi sebelum masuk ke kolam
  3. Pelajar mesti mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Kolam Renang
  4. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kolam tanpa arahan ‘Instructor’ atau tanpa pengawasan pengawal kolam
  5. Pelajar MESTI melapor / memaklumkan kepada ‘Instructor’ / Lifeguard sekiranya berlaku kecemasan
  6. Pelajar yang berusia 17 tahun dan ke bawah MESTI mendapat kebenaran ibu/bapa penjaga.
  7. Pihak kami berhak mengambil gambar pelajar bagi tujuan pembetulan teknik dan pengiklanan
  8. Segala risiko kemalangan yang berlaku adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya.

 

SYARAT PEMBAYARAN YURAN

  1. Pembayaran yuran mestilah dibayar semasa sesi pertama bermula sebanyak 50% daripada jumlah pakej yang dipilih manakala baki 50% mesti dijelaskan semasa sesi ke-empat.
  2. Bayaran adalah secara tunai (Ringgit Malaysia)
  3. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
  4. Yuran Kelas Renang tidak termasuk bayaran masuk kolam.

 

PEMBATALAN/PERUBAHAN WAKTU SESI KELAS

  1. Pihak kami berhak membatalkan atau menentukan setiap perubahan masa sekiranya kelas tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu seperti cuti umum, cuaca hujan, ribut, petir atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.
  2. Instructor / Pelajar boleh manangguhkan kelas selewat-lewatnya 24jam / 1 hari sebelum kelas bermula.
  3. Semua pelajar dibenarkan menangguhkan 3 sesi kelas sahaja, sekiranya penangguhan lebih daripada 3 sesi kelas, secara automatik kelas akan ditolak setiap sesi / kelas mesti dihabiskan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelas pertama bermula.

 

PENUKARAN SYARAT- SYARAT

  1. Pihak kami berhak sepenuhnya untuk menukar / menambah mana-mana syarat di atas tanpa notis.